Blog Archives

NAZIM mengembara ke Monorel

Program tahunan NAZIM bagi sesi 2012 bermula dengan program lawatan adik-adik dalam misi Eksplorasi Monorel pada  25 Mac yang lalu. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada adik-adik nazim akan kaedah pengendalian sesebuah monorel, sistem yang digunakan, kaedah pemanduan, trip monorel dari Tun Sambathan ke Titiwangsa dan kembali ke Tun Sambathan semula.

Adik-adik NAZIM yang sungguh bersemangat ini tidak melepaskan peluang untuk menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan am bertepatan dengan usaha dan objektif NAZIM bagi mendidik kanak-kanak agar seimbang intelek, jasmani, rohani dan emosi.

NAZIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik – adik yang menyertai program lawatan ilmiah ke monorel ini dan tidak lupa juga kepada pihak Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras (RapidKL) atas kerjasama dalam membantu menjayakan program Eksplorasi Monorel ini.

%d bloggers like this: