Blog Archives

KASAC ke arah memperkasakan anak soleh yang cemerlang dan terbilang!

 

Gombak – Sepanjang cuti sekolah berlangsung,Nazim cawangan gombak dengan jayanya telah mengadakan Kem Anak Soleh Anak Cemerlang(KASAC) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam (9 – 11 disember 2011) bertempat di Kem Sri Raudah,Gombak. Kem ini disertai oleh 30 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.

Kem ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak tersebut tentang asas-asas dalam membentuk peribadi anak yang soleh. Antara perkara utama yang menjadi fokus kem ini ialah penekanan aspek kemahiran membaca Al-Quran, hafazan dan tekniknya, memahami hukum tajwid dan pemahaman konsep taharah (bersuci) melalui aktiviti-aktiviti menarik yang berkonsepkan praktikal. Malah hampir 70% aktiviti kem ini dikendalikan secara praktikal bagi memberi peluang kepada peserta untuk memahami konsep tersebut dengan lebih mudah dan praktis lagi.

 

 

Pendaftaran kem bermula pada hari jumaat petang tepat pukul 5 dan program ‘ice breaking’ bermula seusai anak-anak solat isyak.aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk berkenalan antara mereka dan juga para fasilitator serta tenaga pengajar Nazim. pada hari kedua, pelbagai aktiviti yang mencabar ketahanan fizikal dan mental pula diadakan sebagai contoh ‘bersama ustazah belajar taharah 30 minit’,explorace taharah,motivasi anak soleh,kotak teka-teki, Qiamulail, war game dan BBQ. Pada hari ahad kawad kaki,bengkel tajwid dan hafazan diadakan dan di akhiri dengan upacara penutup dan penyampaian sijil oleh Pn Haliza selaku Naib Ketua Wanita Isma Cawangan Gombak.

Menurut Cik Nurul Iman selaku pengarah program Kem Anak Soleh Anak cemerlang 2011, beliau turut menyatakan bahawa kem ini berbeza daripada kem yang biasa kerana pendekatan yang digunakan dalam kem ini berasaskan pentarbiyyahan dengan cara islam yang sebenar. Sebagai contoh, anak-anak ini diberi pengetahuan tentang konsep ikhtilat, menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, solat tepat waktu, aktiviti taharah,tayamum dan diadakan melalui pendekatan yang lebih menarik dan mudah difahami.

Selain itu, menerusi sesi temuramah bersama para ibubapa, Encik Mohd Amin dan Pn khairani yang merupakan ibubapa kepada adik aiman menyatakan bahawa tujuan beliau menghantar anaknya ke kem ini ialah untuk mengisi masa lapang cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti yang boleh meningkatkan tahap pemahaman untuk menjadi anak yang soleh dan harapan beliau juga agar akan ada KASAC siri 2 sebagai tindakan susulan selepas berakhirnya KASAC ini.

Nazim gombak turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibubapa yang memberi kepercayaan kepada pihak penganjur untuk mendidik anak-anak mereka dengan asas-asas pemahaman islam agar mereka bersiap siaga sebagai seorang muslim yang cemerlang dunia dan akhirat di masa akan datang.

 

Anak Soleh, Anak Cemerlang!

Sekian, terima kasih.

 

Disediakan oleh,

Wartawan,

Kem Anak Soleh Anak Cemerlang.

Advertisements

MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa) nazim gombak

pada 11-12 jun yang lalu Nazim gombak telah mengadakan Mabit yang diadakan di tadika i-kids, Taman Sri Gombak, fasa 8 yang dihadiri oleh pelajar sekolah rendah seramai 30 orang.

tepat pukul 8 pagi sesi pendaftaran bermula dan slot pembahagian kumpulan serta taklimat kem diberikan oleh kem komander iaitu cik Norahidayah bt Zainal.

setelah bersarapan, pada pukul 10 pagi peserta bergerak menuju ke giant batu caves untuk meneruskan aktiviti expedisi produk halal.peserta dikehendaki mencari barangan halal yang disenaraikan oleh fasilitator dan diminta untuk mengambil gambar logo halal tersebut.

pukul 12 tengahari aktiviti tamat dan peserta pulang semula ke tadika i-kids bagi meneruskan aktiviti resolusi produk halal. peserta dikehendaki melukis logo halal yang dijumpai dari salah satu produk yang dicari. setelah peserta selesai melakukan sesi pembentangan, wakil fasilitator membentangkan resolusi dan menerangkan logo halal yang benar-benar disahkan oleh Jakim.

 

seusainya solat zohor berjemaah, peserta kemudian melakukan aktiviti kraftangan secara berkumpulan iaitu membuat kad ucapan selamat hari bapa untuk bapa masing-masing.

 

 

 

bengkel solat pula dijalankan selesai solat isyak. peserta lelaki dan perempuan diasingkan untuk memudahkan cara penyampaian bengkel solat.

keesokannya, peserta bangun seawal jam 4 pagi bagi aktiviti qiamulail. peserta dapat mempelajari cara-cara mengerjakan solat sunat dan qiamulail secara fardi dan jama’ie.

 

 

 

setelah solat subuh,riadah sambil belajar bahasa arab dijalankan dan aktiviti terakhir pada hari ahad tersebut adalah pengurusan makanan. peserta diajar cara untuk membuat sandwich dan langkah-langkah pembersihan dan pengurusan tempat makan.

program ini berakhir dengan ucapan penutup oleh Ketua Nazim gombak iaitu Puan Noorhafizah Ismail dan penyampaian sijil oleh Ketua wanita Isma cawangan Gombak iaitu Puan Zaharah.

diharapkan, program yang berlangsung selama dua hari ini memberi manfaat kepada anak-anak nazim yang menghadirinya.

sekian, terima kasih.

 

%d bloggers like this: