4x Training dengan Tema Saya Khalifah Allah!

Assalamualaikum wbt.

Program Berkala NAZIM berjalan minggu ini  ( 2 Februari 2013 ) dengan temanya saya khalifah Allah. anak-anak belajar menghafaz menggunakan teknik group halaqah!..

menarik bukan?.. ayuh sertai kami….

4x training 2 feb pic 2

4x training 2 feb halaqah 2 feb

untuk paparan gambar dan update terkini dari semasa ke semasa program kami, kunjungi facebook nazim cawangan gombak :

Facebook Kelab NAZIM Cawangan Gombak

Advertisements

NAZIM serahkan 4 ahlinya kepada KRIM

Image

Gombak,28 Disember – Seramai 4 orang ahli Kelab Anak Hebat Malaysia (NAZIM) cawangan Gombak telah diraikan dalam sebuah Majlis Graduasi NAZIM tempoh hari bertempat di Malaya Steamboat, Sri Gombak. Antara anak-anak yang diraikan ialah Muhammad Yusuf b. Abdul Rahman, Nabilah Sufiyyah Bt Anwar, Muhd Hamas B. Mohd Nazri dan Nur Aisyah Bt. Pauzi.

Majlis ini berlangsung bagi meraikan anak-anak NAZIM yang berumur 12 tahun sekaligus diadakan perasmian penyerahan anak NAZIM kepada Kelab Remaja ISMA Gombak.

Menurut Puan Noraniza Bt, Abdul Rahim selaku Pengarah Kelab NAZIM Gombak, majlis rasmi penyerahan anak-anak NAZIM yang berumur 12 tahun ini kepada Kelab Remaja ISMA diadakan selaras dengan fokus ISMA yang begitu menitikberatkan aspek pembentukan tarbiah seorang muslim.Image

Ujar beliau lagi, Kelab NAZIM menyediakan modul bimbingan tarbiah anak muslim yang bersesuaian dengan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak. Justeru itu, NAZIM sangat komited untuk memastikan kanak-kanak tersebut mempunyai perkembangan tarbiah yang berterusan berdasarkan program-program pendidikan oleh Kelab Remaja ISMA setelah kanak-kanak itu berusia 12 tahun.

Di samping itu, majlis ini turut meraikan bridget BAKTI PEMBINA ( Persatuan Belia Islam Nasional) yang akan turut serta bekerjasama menyediakan tenaga fasilitator sebagai Guru Pembimbing NAZIM bagi sesi 2013.

Festival NAZIM di KLIKK 2!

anak-anak NAZIM sekitar Zon tengah akan menampilkan bakat-bakat mereka melalui pertandingan pidato, bercerita, hafazan, dikir barat dan nasyid ketika Festival NAZIM nanti.

Festival NAZIM yang julung-julung kalinya akan diadakan bersama-sama dengan KLIKK 2 (Karnival Sukan, Kesihatan dan Keluarga) akan bertempat di Masjid As-Syakirin, Gombak  pada 4 November ini.

Ayuh sertai KLIKK 2, pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga!

%d bloggers like this: