Pertandingan Rekacipta pakaian

Program 4x training minggu ini bertemakan rekacipta. sebelum pertandingan rekacipta bermula, aktiviti dimulakan dengan solat dhuha beserta dengan tilawah dan hafazan sebagai aktiviti wajib yang dilaksanakan setiap minggu 4x training berjalan.

4x training 7 april 2

setelah itu, anak-anak nazim dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bermulalah sesi menggarap potensi dan mengasah kreativiti anak-anak kecil ini!..Hasilnya, kanak-kanak yang dilatih melalui skil kraftangan dan rekacipta dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir secara logik, peningkatan kemahiran sosial, koordinasi motor tangan dan mata yang lebih baik dan banyak lagi!.

4x training 7 april 3 4x training 7 april 4 4x training 7 april

Justeru, Inilah salah satu objektif NAZIM, iaitu melahirkan seorang individu yang seimbang rohani dan jasmani.

ayuh,bersama kita membina generasi harapan!.

Untukmu Palestina

Bertarikh 23 Mac 2013, Program Berkala NAZIM iaitu 4x training berlangsung dengan temanya Untukmu Palestina. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti game hafazan Peluru At-Tin , dan pertandingan  nasyid antara anak-anak NAZIM Gombak.

ramai 23 mac

bergambar kenangan seusai aktiviti kita…

solat dhuha 23 mac

solat dhuha dulu sementara menunggu kawan-kawan yang lain datang

tayangan video palestin

latihan Nasyid

4x training 10 Mac : Explorace Saya Kenal Pencipta saya

Assalamualaikum wbt.

Pada kali ini Program berkala NAZIM dijalankan dengan bertemakan explorace. Adik-adik dapat menghayati kelebihan anggota tubuh badan dan bagaimana menjaga serta mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan. selain itu, aktiviti tetap 4x training iaitu tilawah dan hafazan turut dimasukkan ke dalam slot explorace.

explorace 10 mac explorace fasi hafazan 10 mac

kunjungi facebook nazim gombak untuk mengetahui update terkini aktiviti anak-anak nazim cawangan gombak!.

%d bloggers like this: