Category Archives: pendidikan anak-anak

ibubapa membentuk anak cemerlang

cuti hari raya bakal berakhir. ibubapa pasti sedang sibuk menyiapkan kelengkapan anak-anak sebelum bermulanya kembali sesi persekolahan.

namun, walau berada di musim perayaan ataupun situasi-situasi lain yang menyebabkan ibubapa tak menang tangan mengurus anak-anak dek kerana kesibukan kerja harian,bebanan akan terasa ringan apabila anak-anak telah pun diajar untuk berdisiplin menguruskan pakaian dan barang-barang sekolah sendiri.

mengurus dan mendidik anak-anak merupakan satu tanggungjawab yang melelahkan namun ada kemanisan yang dirasai bagi ibubapa yang ikhlas dan sabar dalam mendidik .

وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَآ أَمۡوَٲلُڪُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةٌ۬ وَأَنَّ ٱللَّهَ عِندَهُ ۥۤ أَجۡرٌ عَظِيمٌ۬ (٢٨

dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar. surah al-anfal ayat 28

ibubapa perlulah menunjukkan contoh akhlak yang baik (qudwah hasanah) terhadap anak,berkata dengan perkataan yang sopan dan tidak terus menghukum anak-anak tanpa menyiasat terlebih dahulu kesalahan yang dilakukan,ibu bapa yang sentiasa melazimi pembacaan Quran dalam rumah juga dapat membentuk suasana yang soleh ‘biah soleh’ dalam rumahtangga. hati anak-anak yang sentiasa mendengar ayat suci Quran pula menjadi lembut,mudah menerima nasihat dan teguran.justeru,pendidikan agama dalam rumahtangga penting untuk membentuk anak-anak yang soleh.

ibubapa yang ‘cemerlang’ dalam agama, bakal membentuk generasi masa depan yang ‘cemerlang’ juga.

”setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah(bersih), tetapi orang tualah yang menjadikannya seorang yahudi atau nasrani atau majusi..” hadith riwayat Bukhari dan Abu hurairah.

Advertisements
%d bloggers like this: