Category Archives: berita

Kelab Nazim sambut maulidur rasul

Gombak, 12 Febuari – Kelab Nazim,Biro Wanita dan Keluarga ISMA  bersama-sama dengan penduduk Kuarters Institut Perguruan Batu 8 Sungai Pusu memeriahkan sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung semalam.

Perarakan yang dijadualkan berlangsung pada awal pagi diteruskan lagi dengan pertandingan nasyid, melukis dan mewarna antara blok oleh anak-anak Nazim KIP Batu 8 Sungai Pusu.

Pertandingan Nasyid dijuarai oleh ahli Nazim blok B yang dilatih oleh tenaga penggerak Nazim Gombak iaitu Puan Noraniza bt rahim.

Bertepatan dengan misi dan visi untuk melahirkan generasi pelapis yang mendokong dakwah islam di Malaysia serta anak-anak yang seimbang keperluan rohani,emosi, jasmani dan intelektual, Kelab Nazim Gombak turut berusaha membina kekreatifan dalam mencungkil bakat melalui latihan nasyid, pidato, bercerita dan hafazan.

Langkah dalam menghasilkan kreativiti anak-anak ini diambil bagi melahirkan bakal-bakal pemuda yang mempunyai kualiti jatidiri yang baik sebagai seorang melayu muslim.

Advertisements

Malam Graduasi Nazim menutup tirai tahun 2011

Gombak,30 Disember 2011- Malam Graduasi Nazim cawangan gombak buat pertama kalinya diadakan bertempat di Pejabat ISMA gombak pada pukul 8 malam 30 disember 2011. Majlis ini khas diadakan untuk meraikan 4 orang anak-anak Nazim yang telah berumur 12 tahun yang akan menamatkan program NAZIM pada tahun 2011. Antara anak-anak yang diberi penghargaan ialah adik barokah bt mohd asri, wafaa’ binti aminuddin, raihanah bt roslee serta nawwal huda bt abdul samad.

bergambar kenangan bersama Guru-guru nazim

Majlis penuh debaran ini berlangsung apabila Ketua Nazim gombak 2011, Pn noorhafizah ismail menyampaikan ucapan ringkas dan penyerahan watikah kepada wakil Kelab Remaja Isma Gombak, Pn Norjamaliah sebagai simbolik penyerahan graduan Nazim kepada Krim untuk mengambil alih dalam membimbing anak-anak ini melalui program-program KRIM yang lebih matang dan sesuai dengan usia mereka yang bakal meningkat remaja.program ini berakhir dengan bacaan ikrar oleh para graduan dan bacaan doa.

fasilitator & YDP gombak, En Zuraidi

YDP ISMA gombak, En. Zuraidi b. Zakaria selaku perasmi majlis graduasi menyatakan bahawa beliau amat berbesar hati atas penganjuran malam yang penuh makna ini kerana majlis ini merupakan program yang julung kalinya diadakan bagi meraikan graduan NAZIM. Beliau turut menyatakan harapan agar akan ada kesinambungan yang berterusan antara NAZIM, KRIM dan juga PEMBINA melalui penganjuran majlis graduasi seperti ini.

Tahniah diucapkan kepada anak-anak Nazim yang telah pun bergraduasi.Moga dengan penglibatan anak-anak ini melalui program-program yang disediakan oleh NAZIM dan juga KRIM akan lahirnya anak-anak yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

sekian,

Disediakan oleh,

Wartawan media ISMA

%d bloggers like this: