Category Archives: aktiviti tahunan

Festival NAZIM di KLIKK 2!

anak-anak NAZIM sekitar Zon tengah akan menampilkan bakat-bakat mereka melalui pertandingan pidato, bercerita, hafazan, dikir barat dan nasyid ketika Festival NAZIM nanti.

Festival NAZIM yang julung-julung kalinya akan diadakan bersama-sama dengan KLIKK 2 (Karnival Sukan, Kesihatan dan Keluarga) akan bertempat di Masjid As-Syakirin, Gombak  pada 4 November ini.

Ayuh sertai KLIKK 2, pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga!

Daftar Kem Huffaz Cilik ( KHC) + MABIT NAZIM Gombak

HARAP MAAF. PENDAFTARAN TELAH DITUTUP.

JUMPA LAGI UNTUK PROGRAM NAZIM YANG SETERUSNYA.

Assalamualaikum wbt..

 Bagi menghidupkan kembali generasi anak-anak hebat Islam zaman dahulu seperti Imam As-Syafie , As -Sayuti dan Ibnu Sina , NAZIM Dengan ini menganjurkan sebuah KEM HUFFAZ CILIK (KHC) + MABIT ( MALAM BINA IMAN DAN TAQWA) bagi mendidik kanak-kanak agar cinta membaca, menghafaz, memahami dan meneladani Al-Quran dengan sebaiknya.

 Objektif program ini ialah :

pelajar boleh menghafal juzu’ 30 dalam masa 4 hari kem berlangsung

pelajar boleh membaca dan menghafaz beberapa surah pilihan dengan sebaiknya

pelajar boleh menghafaz beberapa hadis pilihan dengan lancar dan dapat menghidupkan sunnah tersebut dalam kehidupan

menanamkan semangat kerajinan dan disiplin kanak-kanak dalam beribadah kepada Allah

Tarikh :

4-7 Jun 2012

Yuran :

Hanya RM35 sahaja

Tempat :

Surau Al-Hikmah KIP Batu 8, Sungai Pusu

Pendaftaran & Penyertaan :

Cik Norahidayah : 013 – 315 4805

Cik Maimunah : 013 – 215 9181

  AYUH DAFTAR SEGERA, PENYERTAAN TERHAD KEPADA 50 ORANG KANAK-KANAK BERUMUR 6-12 TAHUN SAHAJA!

Berikut ialah tentatif program :

kelengkapan yang perlu dibawa ketika kem :

– Al-Quran

-Alat tulis

-Peralatan tidur & kelengkapan mandian untuk MABIT

-T-shirt dan seluar lebih

– Pakaian menutup aurat bagi perempuan

UNTUK PERHATIAN, BAGI IBUBAPA YANG BEKERJA, PERKHIDMATAN TRANSIT ANAK-ANAK TURUT DISEDIAKAN BERMULA PADA PUKUL 12 TENGAH HARI HINGGA 5 PETANG SEPANJANG 4-7 JUN TERSEBUT.

BAYARAN BAGI TRANSIT TERSEBUT IALAH RM10 SEHARI

sekian, terima kasih.

NAZIM mengembara ke Monorel

Program tahunan NAZIM bagi sesi 2012 bermula dengan program lawatan adik-adik dalam misi Eksplorasi Monorel pada  25 Mac yang lalu. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada adik-adik nazim akan kaedah pengendalian sesebuah monorel, sistem yang digunakan, kaedah pemanduan, trip monorel dari Tun Sambathan ke Titiwangsa dan kembali ke Tun Sambathan semula.

Adik-adik NAZIM yang sungguh bersemangat ini tidak melepaskan peluang untuk menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan am bertepatan dengan usaha dan objektif NAZIM bagi mendidik kanak-kanak agar seimbang intelek, jasmani, rohani dan emosi.

NAZIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik – adik yang menyertai program lawatan ilmiah ke monorel ini dan tidak lupa juga kepada pihak Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras (RapidKL) atas kerjasama dalam membantu menjayakan program Eksplorasi Monorel ini.

%d bloggers like this: