NAZIM serahkan 4 ahlinya kepada KRIM

Image

Gombak,28 Disember – Seramai 4 orang ahli Kelab Anak Hebat Malaysia (NAZIM) cawangan Gombak telah diraikan dalam sebuah Majlis Graduasi NAZIM tempoh hari bertempat di Malaya Steamboat, Sri Gombak. Antara anak-anak yang diraikan ialah Muhammad Yusuf b. Abdul Rahman, Nabilah Sufiyyah Bt Anwar, Muhd Hamas B. Mohd Nazri dan Nur Aisyah Bt. Pauzi.

Majlis ini berlangsung bagi meraikan anak-anak NAZIM yang berumur 12 tahun sekaligus diadakan perasmian penyerahan anak NAZIM kepada Kelab Remaja ISMA Gombak.

Menurut Puan Noraniza Bt, Abdul Rahim selaku Pengarah Kelab NAZIM Gombak, majlis rasmi penyerahan anak-anak NAZIM yang berumur 12 tahun ini kepada Kelab Remaja ISMA diadakan selaras dengan fokus ISMA yang begitu menitikberatkan aspek pembentukan tarbiah seorang muslim.Image

Ujar beliau lagi, Kelab NAZIM menyediakan modul bimbingan tarbiah anak muslim yang bersesuaian dengan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak. Justeru itu, NAZIM sangat komited untuk memastikan kanak-kanak tersebut mempunyai perkembangan tarbiah yang berterusan berdasarkan program-program pendidikan oleh Kelab Remaja ISMA setelah kanak-kanak itu berusia 12 tahun.

Di samping itu, majlis ini turut meraikan bridget BAKTI PEMBINA ( Persatuan Belia Islam Nasional) yang akan turut serta bekerjasama menyediakan tenaga fasilitator sebagai Guru Pembimbing NAZIM bagi sesi 2013.

Advertisements

Posted on 01/01/2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: