Monthly Archives: February 2012

adik-adik nazim belajar buat sarapan pagi!

alhamdulilah..program 4x training yang ketiga baru sahaja berlangsung pagi tadi, 26 februari 2012 dengan sambutan adik-adik nazim yang begitu hangat. aktiviti yang dijalankan pada minggu ini ialah Hafazan Quran, Hadith dan doa. selain itu,melalui slot aktiviti rekacipta, adik-adik ini diajar kaedah membuat sandwich sardin dan telur secara ringkas dan praktis.

Dengan objektif Nazim untuk melahirkan kanak-kanak yang seimbang jasmani,rohani, emosi,dan intelektual pelbagai aktiviti yang lebih menarik sentiasa ditawarkan untuk kanak-kanak.

Belajar cara potong bawang- adik ini sungguh bersemangat untuk belajar walaupun umurnya baru 6 tahun

anak lelaki pun kena belajar juga. bukan anak perempuan sahaja.

untuk gambar-gambar program 4x training hari ini bolehlah kunjungi facebook nazim gombak  seperti di bawah ini :

Album 4x Training 26 februari 2012

Kelab Nazim sambut maulidur rasul

Gombak, 12 Febuari – Kelab Nazim,Biro Wanita dan Keluarga ISMA  bersama-sama dengan penduduk Kuarters Institut Perguruan Batu 8 Sungai Pusu memeriahkan sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung semalam.

Perarakan yang dijadualkan berlangsung pada awal pagi diteruskan lagi dengan pertandingan nasyid, melukis dan mewarna antara blok oleh anak-anak Nazim KIP Batu 8 Sungai Pusu.

Pertandingan Nasyid dijuarai oleh ahli Nazim blok B yang dilatih oleh tenaga penggerak Nazim Gombak iaitu Puan Noraniza bt rahim.

Bertepatan dengan misi dan visi untuk melahirkan generasi pelapis yang mendokong dakwah islam di Malaysia serta anak-anak yang seimbang keperluan rohani,emosi, jasmani dan intelektual, Kelab Nazim Gombak turut berusaha membina kekreatifan dalam mencungkil bakat melalui latihan nasyid, pidato, bercerita dan hafazan.

Langkah dalam menghasilkan kreativiti anak-anak ini diambil bagi melahirkan bakal-bakal pemuda yang mempunyai kualiti jatidiri yang baik sebagai seorang melayu muslim.

Calendar 4x Training Nazim Gombak

Berikut Calendar nazim untuk kegunaan ibubapa, adik-adik Nazim, dan fasilitator. nantikan program-program akan datang NAZIM !.

 

%d bloggers like this: