Monthly Archives: January 2012

Hebahan :Majlis Ramah Mesra Kelab Nazim di KIP batu 8 pada 15 Januari ini

Assalamualaikum wbt.

Tuan/ Puan dijemput untuk meraikan Majlis Ramah Mesra Kelab Nazim yang akan bertempat di :

Surau Al-Hikmah KIP batu 8 Sg Pusu

masa :

10.00 pagi – 12.30 tengah hari

Tarikh :

15 januari 2012/ Ahad

Majlis ini bertujuan untuk meraikan anak-anak NAZIM KIP batu 8 yang baru mendaftar sebagai ahli pada sesi 2012 serta penyampaian taklimat NAZIM kepada para ibubapa .

 Selain itu,nantikan penampilan istimewa nasyid banin Nazim gombak pada majlis ini.

jumpa di sana!.insyAllah.

Pendaftaran Nazim sesi 2012

Alhamdulilah kita akhirnya sampai di fasa 2012. Tahun ini Nazim menyediakan pelbagai aktiviti yang lebih tersusun serta menarik khas buat semua adik-adik yang berumur 6- 12 tahun. Kepada ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak, bolehlah mengisi borang online pendaftaran nazim ataupun hubungi AJK pendaftaran Nazim iaitu :

– Pn Afifah Hanum : 013-9751676

-Cik Sh.Maimunah : 013-2159181

Borang online pula bolehlah diisi di link dibawah :

https://nazimgombak.wordpress.com/daftar-online-nazim-gombak/

Malam Graduasi Nazim menutup tirai tahun 2011

Gombak,30 Disember 2011- Malam Graduasi Nazim cawangan gombak buat pertama kalinya diadakan bertempat di Pejabat ISMA gombak pada pukul 8 malam 30 disember 2011. Majlis ini khas diadakan untuk meraikan 4 orang anak-anak Nazim yang telah berumur 12 tahun yang akan menamatkan program NAZIM pada tahun 2011. Antara anak-anak yang diberi penghargaan ialah adik barokah bt mohd asri, wafaa’ binti aminuddin, raihanah bt roslee serta nawwal huda bt abdul samad.

bergambar kenangan bersama Guru-guru nazim

Majlis penuh debaran ini berlangsung apabila Ketua Nazim gombak 2011, Pn noorhafizah ismail menyampaikan ucapan ringkas dan penyerahan watikah kepada wakil Kelab Remaja Isma Gombak, Pn Norjamaliah sebagai simbolik penyerahan graduan Nazim kepada Krim untuk mengambil alih dalam membimbing anak-anak ini melalui program-program KRIM yang lebih matang dan sesuai dengan usia mereka yang bakal meningkat remaja.program ini berakhir dengan bacaan ikrar oleh para graduan dan bacaan doa.

fasilitator & YDP gombak, En Zuraidi

YDP ISMA gombak, En. Zuraidi b. Zakaria selaku perasmi majlis graduasi menyatakan bahawa beliau amat berbesar hati atas penganjuran malam yang penuh makna ini kerana majlis ini merupakan program yang julung kalinya diadakan bagi meraikan graduan NAZIM. Beliau turut menyatakan harapan agar akan ada kesinambungan yang berterusan antara NAZIM, KRIM dan juga PEMBINA melalui penganjuran majlis graduasi seperti ini.

Tahniah diucapkan kepada anak-anak Nazim yang telah pun bergraduasi.Moga dengan penglibatan anak-anak ini melalui program-program yang disediakan oleh NAZIM dan juga KRIM akan lahirnya anak-anak yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

sekian,

Disediakan oleh,

Wartawan media ISMA

%d bloggers like this: