Monthly Archives: December 2011

KASAC ke arah memperkasakan anak soleh yang cemerlang dan terbilang!

 

Gombak – Sepanjang cuti sekolah berlangsung,Nazim cawangan gombak dengan jayanya telah mengadakan Kem Anak Soleh Anak Cemerlang(KASAC) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam (9 – 11 disember 2011) bertempat di Kem Sri Raudah,Gombak. Kem ini disertai oleh 30 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.

Kem ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak tersebut tentang asas-asas dalam membentuk peribadi anak yang soleh. Antara perkara utama yang menjadi fokus kem ini ialah penekanan aspek kemahiran membaca Al-Quran, hafazan dan tekniknya, memahami hukum tajwid dan pemahaman konsep taharah (bersuci) melalui aktiviti-aktiviti menarik yang berkonsepkan praktikal. Malah hampir 70% aktiviti kem ini dikendalikan secara praktikal bagi memberi peluang kepada peserta untuk memahami konsep tersebut dengan lebih mudah dan praktis lagi.

 

 

Pendaftaran kem bermula pada hari jumaat petang tepat pukul 5 dan program ‘ice breaking’ bermula seusai anak-anak solat isyak.aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk berkenalan antara mereka dan juga para fasilitator serta tenaga pengajar Nazim. pada hari kedua, pelbagai aktiviti yang mencabar ketahanan fizikal dan mental pula diadakan sebagai contoh ‘bersama ustazah belajar taharah 30 minit’,explorace taharah,motivasi anak soleh,kotak teka-teki, Qiamulail, war game dan BBQ. Pada hari ahad kawad kaki,bengkel tajwid dan hafazan diadakan dan di akhiri dengan upacara penutup dan penyampaian sijil oleh Pn Haliza selaku Naib Ketua Wanita Isma Cawangan Gombak.

Menurut Cik Nurul Iman selaku pengarah program Kem Anak Soleh Anak cemerlang 2011, beliau turut menyatakan bahawa kem ini berbeza daripada kem yang biasa kerana pendekatan yang digunakan dalam kem ini berasaskan pentarbiyyahan dengan cara islam yang sebenar. Sebagai contoh, anak-anak ini diberi pengetahuan tentang konsep ikhtilat, menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, solat tepat waktu, aktiviti taharah,tayamum dan diadakan melalui pendekatan yang lebih menarik dan mudah difahami.

Selain itu, menerusi sesi temuramah bersama para ibubapa, Encik Mohd Amin dan Pn khairani yang merupakan ibubapa kepada adik aiman menyatakan bahawa tujuan beliau menghantar anaknya ke kem ini ialah untuk mengisi masa lapang cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti yang boleh meningkatkan tahap pemahaman untuk menjadi anak yang soleh dan harapan beliau juga agar akan ada KASAC siri 2 sebagai tindakan susulan selepas berakhirnya KASAC ini.

Nazim gombak turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibubapa yang memberi kepercayaan kepada pihak penganjur untuk mendidik anak-anak mereka dengan asas-asas pemahaman islam agar mereka bersiap siaga sebagai seorang muslim yang cemerlang dunia dan akhirat di masa akan datang.

 

Anak Soleh, Anak Cemerlang!

Sekian, terima kasih.

 

Disediakan oleh,

Wartawan,

Kem Anak Soleh Anak Cemerlang.

%d bloggers like this: