kem motivasi pengawas SRA Daruttarbiyyah

pada 23-24 april 2011 yang lalu, alhamdulilah dengan kerjasama KRIM(kelab Remaja Isma Malaysia), Nazim dengan jayanya telah menganjurkan program motivasi pengawas bagi Sekolah Rendah Agama daruttarbiyyah.

Kem yang berjalan selama dua hari ini, menggunakan tapak perkhemahan Nur Laman Bestari,Ulu Yam.

pelbagai aktiviti yang menguji ketangkasan fizikal dan mental seorang pengawas telah dijalankan.

pada pukul 8 pagi program dimulakan dengan ucapan pembukaan dan pembahagian barang amanah dan taklimat kem oleh ketua fasilitator iaitu saudara Uzair Izzat bin Muhammad.

selesai mendirikan khemah, peserta berkumpul semula di dewan utama bagi sesi bengkel jatidiri:membina peribadi unggul yang disampaikan oleh Ustaz Ala’uddin.

selain itu,seusai solat zohor, aktiviti “the amazing race” dijalankan selama 2 jam bermula pukul 2 petang. aktiviti ini memberi pendedahan kepada pelajar bahawa sebagai seorang pengawas mereka perlulah tahu tanggungjawab mereka sebagai pengawas itu perlulah bergerak secara berkumpulan dan seorang ketua perlu memainkan peranan yang penting dalam menguruskan ahli kumpulan masing-masing.

slot malamnya pula, slot menarik dan penuh santai yang disampaikan oleh Encik Bambang Sudarman Osman yang bertajuk ‘mengenali potensi diri menurut neurologi’ berjaya menarik perhatian pelajar. katnya, setiap orang dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan yang berbeza dan sebagai seorang pengawas mereka perlulah bijak menggunakan kelebihan dan kekurangan yang ada.

keesokan harinya, aktiviti ‘belajar dari alam’ telah diadakan. peserta dibawa mengelilingi hutan lipur dan belajar kaitannya alam dengan diri seorang manusia.

aktiviti berakhir dengan ucapan penutup oleh wakil Krim iaitu saudara Lufti Abbas. tanpa melepaskan peluang, peserta dan para fasilitator mengambil kesempatan merakamkan beberapa keping gambar.

diharapkan moga dengan usaha Nazim dan krim mendidik anak-anak ini akan lahirnya generasi pemimpin masa depan yang cemerlang rohani dan jasmani.

untuk melihat gambar-gambar kem penuh sila click link di bawah ini :

album Kem Nur laman Bestari

sekian,terima kasih.

Advertisements

Posted on 28/08/2011, in aktiviti tahunan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: