Monthly Archives: August 2011

Salam Lebaran

yang datang pasti akan pergi…begitu juga berakhir sudah ramadhan yang kita sayangi…kini kita akan melalui pula fasa syawal..syaitan telah pun terlepas dari belenggu ikatan..moga kita dijauhkan dari godaan dan kelalaian mainan syaitan sepanjang syawal.

buat adik-adik nazim yang akan berhari raya ini, jagalah adab-adab semasa menziarahi jiran tetangga dan sanak saudara.kita hendak berziarah bukan semata-mata untuk dapat duit raya ya..

di kesempatan ini juga, kami Nazim gombak ingin mengucapkan selamat berhari raya buat seluruh umat islam di dunia,ibu bapa dan anak-anak nazim amnya..salam aidilfitri maaf zahir dan batin..

Advertisements

MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa) nazim gombak

pada 11-12 jun yang lalu Nazim gombak telah mengadakan Mabit yang diadakan di tadika i-kids, Taman Sri Gombak, fasa 8 yang dihadiri oleh pelajar sekolah rendah seramai 30 orang.

tepat pukul 8 pagi sesi pendaftaran bermula dan slot pembahagian kumpulan serta taklimat kem diberikan oleh kem komander iaitu cik Norahidayah bt Zainal.

setelah bersarapan, pada pukul 10 pagi peserta bergerak menuju ke giant batu caves untuk meneruskan aktiviti expedisi produk halal.peserta dikehendaki mencari barangan halal yang disenaraikan oleh fasilitator dan diminta untuk mengambil gambar logo halal tersebut.

pukul 12 tengahari aktiviti tamat dan peserta pulang semula ke tadika i-kids bagi meneruskan aktiviti resolusi produk halal. peserta dikehendaki melukis logo halal yang dijumpai dari salah satu produk yang dicari. setelah peserta selesai melakukan sesi pembentangan, wakil fasilitator membentangkan resolusi dan menerangkan logo halal yang benar-benar disahkan oleh Jakim.

 

seusainya solat zohor berjemaah, peserta kemudian melakukan aktiviti kraftangan secara berkumpulan iaitu membuat kad ucapan selamat hari bapa untuk bapa masing-masing.

 

 

 

bengkel solat pula dijalankan selesai solat isyak. peserta lelaki dan perempuan diasingkan untuk memudahkan cara penyampaian bengkel solat.

keesokannya, peserta bangun seawal jam 4 pagi bagi aktiviti qiamulail. peserta dapat mempelajari cara-cara mengerjakan solat sunat dan qiamulail secara fardi dan jama’ie.

 

 

 

setelah solat subuh,riadah sambil belajar bahasa arab dijalankan dan aktiviti terakhir pada hari ahad tersebut adalah pengurusan makanan. peserta diajar cara untuk membuat sandwich dan langkah-langkah pembersihan dan pengurusan tempat makan.

program ini berakhir dengan ucapan penutup oleh Ketua Nazim gombak iaitu Puan Noorhafizah Ismail dan penyampaian sijil oleh Ketua wanita Isma cawangan Gombak iaitu Puan Zaharah.

diharapkan, program yang berlangsung selama dua hari ini memberi manfaat kepada anak-anak nazim yang menghadirinya.

sekian, terima kasih.

 

Mahrajan Nazim peringkat Zon tengah

Mahrajan nazim peringkat zon tengah telah berjaya dijalankan pada 8 mei 2011, dan beberapa adik-adik nazim gombak berjaya mendapat kemenangan dalam peringkat zon ini. tahniah diucapkan kepada adik-adik nazim yang berjaya dan para guru serta pendidik Nazim yang bertungkus-lumus melatih anak-anak nazim.

berikut keputusan yang berjaya dimenangi oleh adik-adik wakil gombak :

nasyid lelaki : naib johan

nasyid perempuan : tempat keempat

pidato : naib johan (adik Barokah)

bercerita : Johan  ( Adik anas)

hafazan tahap satu : naib johan (adik solahuddin)

adik anas berjaya mewakili zon tengah dalam pertandingan bercerita peringkat kebangsaan

adik anas berjaya mewakili zon tengah dalam pertandingan bercerita Mahrajan peringkat kebangsaan

tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya, bagi adik-adik yang tidak berjaya,masih ada peluang lagi untuk mahrajan nazim tahun hadapan. jangan putus asa!, perjalanan adik-adik masih lagi panjang..

moga dengan berlangsungnya mahrajan ini akan lahirnya anak-anak yang soleh,berani dan bijak mengatur urusan dalam setiap aspek kehidupan.insyAllah..

%d bloggers like this: